Sabtu, 22 Februari 2014
VIDEO Budak 2 Tahun Jaring Bola Dari Tingkat 7

Titus, anak kecil yang popular kerana kemampuannya memasukkan bola dalam jaring, melakukan jaringan paling hebat apabila mampu menjaringkan bola dari bangunan tujuh tingkat.
Titus, 2, mula mendapat perhatian awal tahun ini apabila bapanya, Joseph Ashby memuatnaik video Titus di YouTube yang mendapat tontonan lebih 13 juta.
Kehebatan luar biasa Titus membuatkan dia dijemput ke rancangan Jimmy Kimmel Live Show dan sejak itu digelar Trick Shot Titus.
Saksikan ketiga-tiga video di bawah dan anda pasti ternganga melihat kehebatan Titus yang membuatkan selebriti Hollywood seperti Channing Tatum dan Bradley Cooper turut berasa takjub. – REM RAMZI
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar