Kamis, 13 Februari 2014
Bukti Istana Tolak Husam Tersebar

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, ramai puak penyokong PAS di Kelantan itu tidak puas hati selepas nama Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak dilantik menyertai barisan Exco baru negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Ekoran itu, muncul suara sumbang mengatakan ia angkara unsur sabotaj dari pihak Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah.
Hari ini kami menemui satu surat di internet yang boleh dianggap bukti kenapa Husam tidak dilantik menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan oleh pihak Istana.
Menurut laman blog 1peluru.com, surat itu dihantar kepada baginda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V untuk mempersembahkan cadangan nama Timbalan Menteri Besar dan juga ahli-ahli Exco.
Bagaimanapun, nama Husam yang diatas sekali telah dipangkah dan diturunkan tandatangan di sebelahnya menunjukkan Husam ditolak oleh pihak istana.
Sehingga kini, kesahihan surat itu masih menjadi tanda tanya tetapi ia sudah pun tersebar di merata-rata dalam internet sebagai usaha menutup terus mulut dan tangan-tangan nakal mempersoalkan kenapa Husam tidak dilantik sebagai Ahli Exco.
Ketika tempoh Pilihan Raya Umum ke-12, Husam menganggotai Exco sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri tetapi sekarang sudah tidak ada lagi.
Pada PRU13, Husam tewas pada perebutan kerusi Parlimen Putrajaya kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan majoriti 5,541 undi. Husam mendapat 4,402 undi manakala Tengku Adnan Tengku Mansor 9,943 undi.
Husam bagaimanapun menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di Kelantan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Noordin Awang dengan majoriti 3,683. Husam memperolehi 10,231 undi manakala Mohd Noordin hanya memperolehi 6,548 undi.
OLEH : KUMBANG WIRA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar