Selasa, 31 Desember 2013

Pihak Publisis Minta Musnahkan Gambar Hodoh Beyonce!


Pihak Publisis Minta Musnahkan Gambar Hodoh Beyonce!
Pihak Publisis Minta Musnahkan Gambar Hodoh Beyonce! - LONDON : Jikalau Murai Batu sebut nama penyanyi Beyonce, mesti ramai lelaki di luar sana menggambarkan dia seorang wanita yang seksi dan cantik. Malah, mengikut analisa Murai Batu sendiri, Beyonce sering saja tampil dengan imej anggun dan menawan baik dalam persembahan atau pun dalam aksi sesi fotografi.
Namun, Murai Batu terkesima apabila baru-baru ini pihak publisis Beyonce telah mengirimkan emel terhadap sebuah media online di Hollywood supaya memusnahkan gambar Beyonce yang disiarkan.
Dengarnya kiriman emel tersebut telah dihantarkan kepada seorang wartawan pada 5 Februari 2013. Difahamkan, gambar tersebut (gambar di atas) adalah gambar terbaru Beyonce ketika mengadakan sebuah konsert, baru-baru ini.
Disebabkan gambar tersebut kelihatan hodoh dan jelek, pihak pengurusan Beyonce telah meminta agar gambar tersebut tidak disiarkan lagi dengan menghantarkan memo bertulis kepada wartawan berkenaan.
Pun begitu, pihak pengurusan Beyonce nampaknya sudah tidak boleh membuat apa-apa lagi kerana gambar ini sudah meluas merebak. Walaupun media tersebut telah membuang gambar tersebut di lamannya tetapi banyak blogger telah memuat naik gambar itu di blog peribadi mereka.
Murai Batu mendapat tahu, berkemungkinan pihak pengurusan mahu gambar itu dimusnahkan bukan saja kerana ia nampak hodoh, tetapi dari gambar ini, pelbagai respon negatif terbit dan ia sedikit-sebanyak telah mencemarkan imej Beyonce.
Apapun, bagi Murai Batu, tidak semuanya cantik boleh nampak lawa sentiasa. Manusia diciptakan tidak sempurna. Sebab itulah manusia mempunyai akal bijaksana untuk menjadi cantik. – Murai
Read More..

Senin, 30 Desember 2013

Henti siar video pukul bayi

Salam semua,


Henti siar video pukul bayi

SHAH ALAM – Orang ramai disaran berhenti menyiarkan video wanita memukul bayi perempuan di laman sosial termasuk Youtube kerana kes itu telah selesai dan wanita itu sedang menjalani hukuman.
Timbalan Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Datin Paduka Che Hasmah Ibrahim berkata, saranan itu supaya tidak timbul rasa tidak selesa dan marah dalam kalangan masyarakat.
“Ada mempertikaikan peranan pihak berkuasa, sedangkan, kes itu diselesaikan dan wanita itu telah dibawa ke muka pengadilan. Masyarakat perlu faham keadaan itu dan akhbar memainkan peranan untuk memaklumkan perkara sebenar kepada umum.
“Dalam kes ini, pemikiran masyarakat perlu dididik. Video itu tidak boleh dijadikan contoh baik kepada anak,” katanya.
Beliau menambah, setiap masyarakat perlu berperanan menjaga anak-anak kecil walaupun bukan anaknya sendiri.
“Dalam hal ini, perakam video atau orang yang berada di sekelilingnya perlu segera mainkan peranan, jaga anak-anak kecil tidak kiralah anak siapa pun,” katanya.
Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, walaupun tiada sekatan penyebaran video itu, ia bergantung kepada moral penyebar video itu.
“Sekiranya kes ini masih dibicarakan, video ini sebahagian bahan bukti mahkamah. Sudah tentu tidak wajar disiarkan kepada umum kerana akan ganggu perjalanan mahkamah.
“Sekiranya kes telah selesai dan masyarakat mahu jadikan ia sebagai teladan, tidak menjadi masalah, tetapi dalam kes ini akan berlakunya dua hukuman iaitu hukuman undang-undang dan hukuman oleh masyarakat,” katanya.
Namun, Kamal Affendi berkata, salah satu kesan penyebaran video ini ialah tanggapan negatif kepada polis. [SinarHarian]
Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Sejarah Alat Alat Elektronik Pertama Di Dunia


Di bawah ini adalah model alat-alat elektronik pertama yang dibuat di dunia. Tentu bentuknya tidak sempurna yang sekarang. Dan semuanya masih berukuran besar dan tidak praktikal dan secanggih alat-alat elektronik yang kita gunakan sekarang ini. Nah, apakah anda ingin tahubagaimana bentuk dan rupa dari alat-alat elektronik yang pertama ini.
Komputer Pertama
ENIAC, nama singkat dari Electronic Numerical Integrator And Computer adalah perantielektronik digital pertama yang bekerja sebagai komputer. Peralatan ini dibuat oleh Angkatanbersenjata Amerika Syarikat pada tahun 1945 dan diumumkan kepada umum pada tahun 1946.Ketika itu, komputer tersebut bertujuan untuk mengira arah dan jarak tembakan peluru berpandubalistik di Perang Dunia ke II.
ENIAC yang mempunyai berat seberat 30 tan, menggunakan kuasa elektrik sebesar 200 kilowatt,terdiri dari 19.000 tabung udara, 1500 relay, serta ratusan ribu resistor, kapasitor, dan induktor.
Salah satu komputer pertama yang dicipta oleh Apple pada tahun 1976
Laptop Pertama
Pada tahun 1970-an generasi komputer peribadi yang mudah alih pertama di ilhamkan oleh AlanKay di Xerox PARC..Projek laptop ini di panggil Osborne1. Kali Pertama dihasilkan pada tahun1981 oleh Adam Osborne, seorang pekerja di bahagian penerbitan buku, beratnya sekitar 11kg. laptop ini dilengkapi dengan skrin monitor 5 inci, kelihatan seperti sebuah telefon bimbit yangberukuran besar, skrin yang kecil dalam sebuah mesin yang besar. Walaupun ia boleh dibawakemana-mana, tapi kita sama saja dengan membawa Anak berumur sekitar 3-4 tahunkemana-mana. Laptop ini di jual dengan harga sebanyak $ 1800.
Kamera Pertama
Kamera pertama di panggil Kamera Obscura, yang berasal dari bahasa latin yang bererti ruang gelap. Kamera Obscura merupakan sebuah alat yang terdiri dari ruang gelap atau tempat, yang dapat memantulkan cahaya melalui penggunaan dua buah kanta konveks, kemudian menempatkan gambar objek luaran tersebut pada sebuah kertas / film, filem tersebut diletakkanpada pusat fokus dari lensa tersebut. Kamera obscura yang pertama kalinya ditemui olehseorang saintis Muslim yang bernama Alhazen, hal tersebut terdapat seperti yang dijelaskan pada bukunya yang berjudul Books of Optics (1015-1021).
Radio Pertama
radio pertama yang dibuat pada tahun 1895. Pembuatnya dari syarikat milik Guglielmo Marconi,orang Amerika keturunan Itali yang memegang hak paten atas penemuan radio. Namanya sajaproduk pertama, tentu ada banyak kekurangan pada radio ini bila dibandingkan dengan radiozaman sekarang. Contoh, radio ini hanya mampu menjangkau isyarat radio dalam jarak1.5 kilometer saja, dan kerana bentuk yang besar maka sudah pasti radio ini sangat berat.
Kalkulator Pertama
Penemuan kalkulator pertama di dunia adalah Blaise Pascal. Ahli matematik dan sains dariPerancis berjaya membuat kalkulator roda numerik atau Pascaline. Alat tersebut menjadigenerasi pertama kalkulator moden yang sering digunakan ketika ini.
Televisyen Pertama
Ini adalah TV Set Pertama di Dunia: The “Baird pesawat televisyen”, 1928 Sebuah eksperimenawal dan demonstrasi ”Baird-Type” televisyen receiver dengan 30 baris, dan piringan Nipkowdengan kelajuan 750 rpm menghasilkan 12 1/2 gambar per saat. Motor masih berjalan padabateri 18 volt standard. Sebuah model hebat demonstrasi lahirnya televisyen!
Televisyen pada awal dicipta menggunakan tiub kaca yang menjadikannya berukuran besar, mempunyai penggunaan kuasa yang besar serta harga yang sangat mahal.
Ini merupakan salah satu contoh televisyen pada tahun 1939:
Handphone (Modern) Pertama
Kita patut berterima kasih pada seseorang yang bernama Martin Cooper, dialah orang yang berjaya pencari dan pembuat handphone pertama di dunia. martin Cooper adalah seorang general manager di bahagian bahagian komunikasi syarikat Nokia di Amerika Syarikat. Iamengaplikasikan teknologi komunikasi telefon dengan sistem wireless yang biasanya hanya digunakan pada radio komunikasi polis. Penemuan handphone ini kemudian disempurnakan dandikomersialkan oleh Motorola pada tahun 1983, Handphone pertama itu kemudian diberi namaDynaTAC.
Telefon Selular (Tanpa Wayar) Pertama.
Telefon selular yang sebesar ini mempunyai liputan setengah kilometer. Dilihat dari segi reka bentuk dan saiz, ia pertama di dunia ini sangatlah berbeza dengan telefon selular masa kini, di mana ukurannya cukup kecil boleh disimpan di saku dan boleh berhubung ke seluruh dunia.Tapi dari sini telefon selular ini bermula.
Penciptanya, Nathan Stubblefield akhirnya diakui sebagai bapa teknologi telefon selular genap100 tahun setelah ia mempatenkan reka bentuk tersebut untuk sebuah telefon selular. NathanStubbefield sebenarnya hanyalah petani biasa yg sangat menyukai teknologi. Malangnya telefonselularnya tidak berjaya semasa hayatnya, dia meninggal dengan keadaan miskin pada tahun1928. Sekarang dia telah diiktiraf sebagai ”Father of The Modern Mobile Phone”, bahkan olehVirgin Mobile dibuat page khusus untuk mengingati ulang tahun penemuan Nathan Stubbefield di website rasminya.
Telepon Pertama
Suatu hari Alexander Graham Bell menyatakan keinginannya untuk mencipta suatu alatkomunikasi dengan penghantaran gelombang elektrik. Bell pun mengajak rakannya ThomasWatson membantu menyediakan kelengkapan. Penelitiannya dilakukan dengan menggunakanalat pengatur suara dan magnet untuk menghantarkan bunyi yang akan dihantar, peristiwa ini terjadi pada tarikh 2 Jun 1875.
Akhirnya terciptalah karya Bell sebuah talian penerima telefon dan pemancar yang bentuknyaberupa sebuah piringan hitam tipis yang dipasang di depan electromagnet. Pada tarikh 14Februari 1876 Bell di patenkan hasil penemuannya, tetapi oleh US Patent Office dan penemuanBell ini baru rasmi dipatenkan pada tarikh 7 Mac untuk ”electric speaking telephone”.
Bell terus mengemas kini penemuan dan untuk pertama kalinya dia berjaya menghantar suatu ayat berbunyi ”Watson, come here, I want you” pada tarikh 10 Mac 1876.
Sekadar info:
1871, Antonio Meucci mematenkan penemuannya yang disebut sound Telegraph.Penemuannya ini membolehkan komunikasi dalam bentuk suara antara dua orang dengan menggunakan perantara kabel. Lebih dari seabad dan di seluruh dunia, Alexander Graham Belldikenali sebagai penemu telefon. Tetapi pada tarikh 11 Jun 2002 di kongres Amerika Syarikat,Antonio Meucci ditetapkan sebagai penemu telefon.
Perakam Suara Pertama
Alat perakam suara pertama iaitu Phonoautograph penemuan Leon Scott telah ada sebelumPhonograph penemuan Thomas Alpha Edison yang digunakan untuk mempelajari gelombangsuara pada tahun 1857. namun alat tersebut tidak digunakan untuk mengeluarkan semula hasil rakaman tersebut. Phonograph dicipta seiring dengan pembangunan peranti telefon pada tahun1870an dan pada masa itulah Edison mendapat idea untuk mencetak mesej telephone di atas kertas berlapis wax manggunakan alat electromagnetics. Setelah penemuan tersebut, munculalat perakam lain seperti Graphophone dan syarikat lain yang membuatnya.
Pada tahun 1894, Emir Berliner pencetus idea untuk mencetak suara di atas piring dan bukansilinder dengan alasan lebih mudah dihasilkan. Idea piring inilah yang berkembang menjadicakera (disc) yang kita kenali sehingga sekarang.
Tape Recorder pertama buatan Sony

Sumber - 2DayBlogger
Read More..

Inilah Virus Komputer Paling Ganas Ketika Ini


Bila computer kesayangan diserang oleh virus, sudah pasti kita akan berang. Tapi bersyukurlah, bila virus yang menyerang itu masih virus yang boleh diurus, bukan virus ganas seperti, Flame.
Menurut vendor anti virus Kaspersky, Flame merupakan virus terganas untuk ketika ini.
Kenapa boleh menjadi yang terganas?
Jadi begini, menurut Kaspersky, virus ini ditengarai menggunakan source code yang super rumit. 20 kali ganda lebih rumit  bila dibandingkan dengan program cyberwarfare lain yang telah terdeteksi.
Cara kerja dari Flame adalah dia akan mengubah setting komputer secara remote, menghidupkan mikrofon komputer untuk merekam pembicaraan di sekelilingnya, mengumpulkan data rahasia, serta akan mengambil screenshot dan mengkopi pembicaraan di yang dilakukan melalui instant messaging.
Ini jelas sangat membahayakan, apalagi bila menyerang pertahanan suatu Negara. Flame dipercaya lebih jahat dari virus Stuxnet yang pernah menggegerkan kerana berusaha menerobos jaringan fasiliti nuklir milik Iran.



sumber

 menujuhijau.

Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Kenapa tiada garis panduan kerajaan sementara

Harakahdaily

Hazayani Zakaria, 28 Mac 2013
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan mempersoal ketiadaan garis panduan kerajaan sementara walaupun Pakatan Rakyat pernah mengesyorkan perkara tersebut dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tahun lalu.

Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, garis panduan kerajaan sementara masih belum ada walaupun Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu terbubar secara automatik hari ini.

"PAS dan Pakatan Rakyat persoalkan mengenai cadangan garis panduan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Dun yang belum dikeluarkan sedangkan Pakatan sudah minta perkara ini diwujudkan dalam jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya April tahun lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat bimbang kerajaan menyalahgunakan kuasa mereka dalam tempoh negeri ditadbir Kerajaan Sementara .

"Setelah pembubaran Dun, kita mahu Kerajaan Sementara berfungsi sepenuhnya tanpa ada sebarang penyalahguanaan kuasa, sebab itu kita perlukan garis panduan apa yang boleh dan yang tak boleh dilakukan," tegasnya.

Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau dalam pada itu kesal terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih enggan membubarkan Parlimen sebaliknya membiarkan Dun terbubar secara automatik.

"Sepanjang 12 kali pilihan raya, ini pertama kali berlaku Dun terbubar sendiri.

"Perkara ini tak wajar berlaku dan sangat memalukan apabila perdana menteri membiarkan sesebuah negeri dalam keadaan tak menentu. Jadi kita minta Parlimen segera dibubarkan bagi mengakhirkan tempoh ketidaktentuan ini," katanya.

PAS terus berkhidmat

Sementara itu, Taufek berkata, PAS negeri itu akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat melalui pusat aduan di setiap kawasan.

"PAS ada pusat aduan di setiap kawasan jadi kita akan berkhidmat seperti biasa dan PAS telah mula berkempen untuk PRU," katanya.

Dalam PRU12, Taufek menang di Dun Paroi yang mendapat 9,423 undi menewaskan calon BN, Zaharudin Mohd Shariff dengan majoriti 1,107 undi.

Tambah beliau, PAS sudah bersedia dari tahun lepas untuk menghadapi PRU dan yakin Pakatan Rakyat negeri itu mampu menumbangkan Umno BN.

"Pakatan Rakayt Negeri Sembilan memang sudah bersedia setahun yang lalu dan kita lihat persiapan Pakatan kali ini lebih baik untuk menghadapi Umno BN," katanya.
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

Syafie Naswip Tangguh Belajar Kerana Lakonan


PETALING JAYA – Pelakon filem Mukhsin iaitu Syafie Naswip mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat menyambung pelajaran ke peringkat universiti kerana ingin memberi fokus kepada bidang lakonan.
Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 21, berkata, keputusan itu dibuat selepas tawaran berlakon yang diterimanya sejak akhir-akhir ini semakin banyak dan bimbang tidak dapat membahagikan masa terhadap lakonan dan pengajian.
“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan itu kerana sudah menjadi impian saya menyambung pelajaran di universiti namun tawaran lakonan yang banyak rasa rugi pula kalau saya tolak.
“Tambahan pula saya bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik dan lebih elok jika saya berikan fokus kepada sesuatu bidang sahaja terlebih dahulu,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Syafie, tawaran lakonan yang ditawarkan kepadanya juga mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon dan tidak mahu melepaskan peluang tersebut.
Dalam perkembangan sama, Syafie berkata, keluarganya juga tidak menghalang dengan keputusannya itu dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada dirinya untuk merancang masa depan sendiri.
Bagaimanapun kata Syafie, dia tetap akan menyambung pelajaran pada tahun hadapan dalam bidang perfileman dan lakonan yang cukup diminatinya.
“Keluarga tidak mendesak saya dan menyokong apa yang saya ingin lakukan. Saya masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran dan Insya-Allah ia akan terlaksana pada tahun depan,” katanya.

Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Rahasia Tersembunyi Dibalik Nama Muhammad

Terkait rahasia dibalik nama Muhammad, dimana banyak makna yang tersirat dalam kebesaran nama yang sederhana itu. entah apakah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekedar kebetulan saja, bahwa ada fakta menarik di abjad/huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:
 
 
1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim-kha-mim-kha-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum Jika sebaik-baik mahluk yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalahMANUSIA. Dengan segala kelebihan mereka, sementara mahluk lain hanyalah hewan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahasia.
 
 
 
2. Kata Ahmad, jika kita cermati satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan sosok orang yang sedang melakukan sholat, tahukah kalian bahwaSHOLATmerupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.
 
 
 
3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam shalat. dalam gerakan SUJUD dalam Sholat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, karena pada saat sujud manusia menundukkan 8 bagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan total kepada sang pencipta
Subhanallah, Allahu Akbar, betapa rahasia Allah sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahasia-rahaisa lain dibalik sosok, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati Habibullah: Muhammad Shallallahualaihi Wa Sallam
 
 
sumber
Read More..

Kebenaran tentang SD pertama PI Bala




Izinkan saya mulai dari awal. Ini kisah yang panjang, jadi tolong bersabar. M Puravalen (atau Valen, seperti dikenali oleh rakan-rakannya) dan saya belajar undang-undang bersama-sama, di Inns of Court, London, pada 1980-81.

Saya mempunyai hubungan lama dan panjang dengan Valen sejak 33 tahun lalu. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa sepanjang tempoh itu yang membolehkan saya mengesyaki sesuatu, sebaliknya adalah seorang anggota dalam bidang undang-undang yang berwibawa dan berterus terang.

Saya diperkenalkan dengan bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau PI Bala dan ASP Suresh oleh Valen di restoran (Fogles untuk lebih tepat) di Plaza Damansara di Sri Hartamas pada suatu tempoh di April 2008. Ada lagi yagg hadir, dan mereka boleh mengesahkan perkara ini.

Valen bertemu Bala dua tahun sebelumnya, ketika Valen terlibat mewakili Razak Baginda (sebelum Razak ditahan). Bala dan Razak sebenarnya berada di pejabat Valen pada jam 7.30 pagi pada hari Razak ditahan.

Ini apabila Razak menerima SMS daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyebut "Saya akan bertemu IGP pada 11.00 pagi... akan diselesaikan... stay cool" atau perkataan lain yang membawa maksud sebegitu. Razak tunjukkan SMS itu kepada kedua-dua Bala dan Valen dan memaklumkan ia daripada Najib.
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Gambar Erin Brady Ratu Cantik AS 2013



Gambar Erin Brady Ratu Cantik AS 2013-LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) – Seorang akauntan berusia 25 tahun dari Connecticut, Erin Brady memenangi gelaran Ratu Cantik AS di sini kelmarin.
Brady merangkul gelaran itu di Planet Hollywood, Las Vegas selepas menewaskan 51 jelitawan lain.
bilde Gambar Erin Brady Ratu Cantik AS 2013
Pemenang sebelum ini, Nana Meriwether dari Maryland menyampaikan mahkota kemenangan kepada Brady selepas dia diumumkan sebagai pemenang.
Brady menerima mahkota itu serta seunit apartmen mewah di New York selama satu tahun.
170722844 Gambar Erin Brady Ratu Cantik AS 2013
Dia diumumkan sebagai pemenang selepas menjawab satu soalan tentang keputusan Mahkamah Agung AS menyokong ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperluaskan.
1010735 426266054146971 531703793 n Gambar Erin Brady Ratu Cantik AS 2013
Dengan kemenangan berkenaan, gadis berambut perang itu dijangka terlibat dalam kempen kesedaran kanser ovari dan payudara di AS.
Brady yang berasal dari South Glastonbury, Connecticut akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe di Moscow, Rusia pada musim sejuk ini.
 Gambar Erin Brady Ratu Cantik AS 2013
Ratu Cantik AS 2012, Olivia Culpo menjadi pemenang pertama dari negara itu yang memenangi gelaran Ratu Cantik Universe pada tahun lalu untuk tempoh 16 tahun. – Agensi
Miss+USA+2013 Gambar Erin Brady Ratu Cantik AS 2013
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Rafizi cabar Nazri saman jika dakwaan palsu

sinarharianN
5 November 2012
Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli
PUTRAJAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Nazri Aziz agar menyaman beliau jika dakwaan bahawa anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menggunakan kenderaan mewah milik Micheal Chia adalah palsu.

Rafizi juga mendakwa anak menteri itu, Nedim Nazri Aziz adalah rakan kepada jutawan balak Sabah, yang menggunakan Hummer dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

"Keterlibatan anak Datuk Seri Nazri Aziz yang mendapat manfaat dalam bentuk kenderaan mewah pada masa yang sama beliau bertanggungjawab terhadap siasatan tuduhan kes rasuah Micheal Chia dan Datuk Seri Musa Aman yang mempunyai unsur-unsur rasuah yang perlu disiasat oleh SPRM," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang ini.

Mengulas lanjut, Rafizi menggesa SPRM membuka semula kes siasatan ke atas dana RM40 juta yang disabitkan dengan Ketua Menteri Sabah.

Jelasnya, Chia dikatakan ditahan di Hong Kong kerana membawa wang dalam jumlah besar iaitu AS$16 juta (RM40 juta), mendakwa ia milik Musa.

"Beberapa minggu lalu Datuk Seri Nazri Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap SPRM, Parlimen dan undang-undang telah membuat kenyataan bahawa pihak berkuasa mendapati tidak ada sebarang unsur rasuah dalam urusan RM40 juta itu kerana ia adalah sumbangan derma kepada Umno," katanya.
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Saipul Jamil Ajak Dewi Persik Berdakwah

AHAD, 19 FEBRUARI 2012

Dewi Persik
JAKARTA - Pedangdut Saipul Jamil menghadiri acara dakwah sekaligus syukuran pernikahan ustad Cilik Guntur Bumi dan Puput Melati. Ternyata, Saipul sempat mengajak sang mantan istri, Dewi Persik untuk datang bersamanya.

Sebelum hadir ke acara yang digelar di Masjid Pondok Indah, Jakarta Selatan, Jumat (17/2/2012) itu, Saipul memang tengah mengisi acara bersama Dewi Persik. Keduanya pun terlibat perbincangan.

"Tadi itu ada acara sama mantan istri, aku mau mengajak dia tapi nggak enak," ungkap Saipul.

Menurutnya alangkah bagusnya jika Depe ikut bersamanya saat itu. Namun, ia mengaku belum berani mengajak si pemilik goyang gergaji itu.

"Nggak enak takutnya mood dia lagi nggak enak. Lagian kita cuman teman doank, dia mau sih aku ajak. Cuma nanti aja deh," tuturnya.
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Mengapa hentam ulama


AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.

Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh.

Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP.

Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema!

Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam.

Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.

Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?

Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama.

Namun itu dulu. Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar.

Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini?

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?

Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Siakap Keli.
Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

Anggota tentera Congo mengaku rogol 53 wanita

myMetro 14 April 2013

Anggota tentera terbabit adalah antara mereka yang menyerang bandar Minova berhampiran Tasik Kivu di Republik Demokratik Congo dan menghabiskan masa dua hari merogol, menjarah dan membunuh sebelum pegawai mengambil alih keadaan.

Pengakuan mengejutkan itu dibuat ketika Setiausaha Luar Britain William Hague berikrar untuk membelanjakan RM50 juta bagi menangani keganasan dan ancaman terhadap wanita di zon perang, semalam. Dalam wawancara dengan akhbar The Guardian di tempat dia melakukan jenayah itu, anggota tentera berusia 22 tahun terbabit menceritakan bagaimana dia dan lebih 40 anggota lain berbincang dan mengambil keputusan merogol 10 wanita setiap seorang.
“Saya merogol 53 wanita dan kanak-kanak berusia lima atau enam tahun,” kata anggota tentera itu.

Menurutnya, dia dan rakannya baru saja tewas dengan kumpulan pemberontak M23 berhampiran Goma sebelum kejadian.

Mereka bertindak demikian kerana malu, marah dan kerana inginkan keseronokan. - Daily Mail
Read More..

kata Kata Motivasi Hari Ini

kata kata motivasi - Selamat pagi/siang/sore/malam (tergantung yang membaca). Setelah sukses dengan artikel mengenai kata cinta, kini admin mau menerbitkan artikel mengenai kata kata motivasi yang terbaru. Kata kata motivasi merupakan kata kata yang memiliki makna indah dan penuh makna, oleh sebab itu kata kata ini dinamakan kata kata motivasi yang tentunya kata kata ini dapat memberikan motivasi baik itu motivasi kehidupan, motivasi bijak, ataupun motivasi akan cinta.

Kata motivasi bisa dianggap sebagai obat yang cukup mujarab untuk mengobati perasaan manusia atau sekedar memberikan motivasi seperti yang telah dikatakan pada paragraph sebelumnya. Hal ini bisa terjadi karena kata kata motivasi merupakan kata kata yang sangat bermakna.

Bagi anda yang sedang mencari kata kata motivasi untuk menghibur perasaan atau untuk mengembalikan semangat, cobalah baca kata kata motivasi berikut karena kata kata motivasi ini sangat efektif dalam memberikan pencerahan dan semoga bisa memotivasi pikiran anda. Tanpa panjang-lebar lagi ini dia kata kata motivasi hari ini.




KATA KATA MOTIVASI

*Seseorang mungkin lebih cantik, lebih pintar ataupun lebih kaya, namun tak satupun yg bisa menjadi seperti dirimu, be your self

*Jangan hanya tersenyum untuk menyembunyikan rasa sakitmu, tetapi tersenyumlah untuk menyembuhkan rasa sakitmu.

*Tidak ada orang yang benar-benar tahu bahwa dia telah sukses sebelum dia mengalami dan ternyata gagal

*orang yang beradab, tidak pernah bicara soal dirinya sendiri

*Sendirian, tak selalu berarti kesepian. Karena kesepian, tak harus selalu saat sendirian

*Ketika sesuatu yg baik pergi, jangan menyesali. Karena jika Anda percaya, sesuatu yg lebih baik telah menanti tuk Anda hampiri. God is Good!

*Orang sukses menjadikan aktivitas yang tidak disukai pecundang sebagai kebiasaannya

*Seorang teman tidak akan menghalangi jalan kita, kecuali kalau kita berjalan ke arah yang salah

*Ada beberapa hal dalam hidup ini yg akan buatmu sulit tersenyum, tapi tak peduli betapa sakit yg Anda terima, jgn lupa tuk tetap tersenyum

*Tersenyumlah karena senyummu mampu mengubah dunia. Jangan pernah biarkan dunia yg mengubah senyummu.

*Jangan buang hari ini dgn mengkhawatirkan hari esok. Gunung pun terasa datar ketika sampai ke puncaknya

*Asah spiritualitas. Berdoa dan dekatkan diri kepada Tuhan, pikiranmu akan lebih jernih & jiwamu pun mendapat kesegaran rohani.

*Cintai sesama & berbagi. Rasa bahagia itu menular, Berbagi cintalah dengan orang - orang terdekat, sekitar & mereka yg membutuhkan

* Tujuan hidup. Temukanlah tujuan hidupmu, kamu akan dapat mencapai hal - hal yg luar biasa jika memilki tujuan hidup yg kuat.

*Optimistis. Belajarlah utk selalu melihat sisi positif dari masalah2 yg kamu hadapi, maka kamu akan dpt melewati semuanya dgn lebih baik.

*Walaupun mereka tetap berusaha menjatuhkanmu, buatlah mereka mengerti kerasnya tekadmu

*Uang dapat dicari , tapi waktu takkan kembali , so kerjakan sebaik2 nya waktu utk kebermaknaan hidup :)

*Apa pun yang ingin Anda kerjakan, lakukan sekarang. Akan banyak hal lain besok yang harus Anda lakukan.





*Menyalahkan org lain itu menghabiskan waktu. Tak peduli berapa banyak kesalahan yg Anda temukan krn itu tdk merubah Anda menjadi lebih baik


*org tegar adalah ia dpt tersenyum dlm menghadapi masalah, org yg sabar disaat tertimpa musibah & org yg bersyukur dgn apa yg telah di dapat.

* terus berdoa dan percaya. tanpa mengeluh, selalu bersyukur. maka indah semua yg kan kau dapat :)

*Berharaplah hal yang terbaik, tapi bersiaplah untuk hal yang terburuk

*Orang berbudi akan selalu mendapatkan hasil yang ditaburnya. Betapapun kecilnya, ia akan mendapat imbalan yang sesuai

*percayalah bahwa segala hambatan yang terjadi saat ini adalah hanya cobaan agar diri kita menjadi lebih baik di masa mendatang.

*Berfikirlah positif dan tersenyum, seringkali yang ada di pikiran kita jauh lebih buruk daripada yang sebenarnya akan terjadi

*jadilah pribadi yang tanpa beban agar jiwa menjadi bahagia, setiap beban/masalah pasti ada solusinya :)

*Terkadang, kepedihan harus dilalui sblm tercapainya kebahagiaan. Tersenyumlah ketika bersedih, karena akan ada kebahagiaan setelah itu.

*Jangan sesali apa yang telah Anda lakukan. Jika memang harus disesali adalah tak melakukan apapun ketika Anda punya kesempatan.

*Jangan membenci dirimu jika kenyataan tak seperti yang Anda inginkan. Nikmati apa adanya dirimu. Banggalah pada dirimu sendiri.

*Maafkanlah kesalahan masa lalu, tegaslah membebaskan diri untuk hidup seutuhnya sekarang, dan dimasa depan.

*Tetap menjadi diri sendiri dalam dunia yang tak henti berusaha untuk membuatmu berubah adalah prestasi terbesar dirimu.

*Jangan hanya puas jadi penonton dan komentator. Jadilah sutradara dan pemain.

*Ketika saya melihat kedepan, saya sangat optimis dgn apa yg saya lihat.

* Belajarlah dari sebuah kesalahan

*Kegagalan tidak pernah disebut gagal sampai Anda menyerah.

* Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini

* Kesalahan terbesar yg dibuat manusia dlm kehidupannya adl terus-menerus merasa takut bhw mrk akan melakukan kesalahan

* Di puji jauh lebih bahaya dibanding di caci, karena pujian akan menimbulkan kemunafikan

* Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal tetapi bangkit kembali setiap kali kita jatuh

* Jadilah diri anda sendiri. Siapa lagi yang bisa melakukannya lebih baik ketimbang diri anda sendiri



Demikianlah kata kata motivasi hari ini. Semoga kata kata motivasi ini dapat benar-benar member motivasi tambahan dan kembali membarakan semangat hidup anda untuk kembali menjalani hidup dengan bijaksana dan penuh semangat. Terima kasih dan jangan lupa baca juga kata kata kesehatan yang baik untuk mengingatkan dalam hal kesehatan.
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Klinik disaman kerana curi Sperma



Layne Tuntut Mantan Pacar karena Curi Sperma
IST
Ilustrasi Bank Sperma 
TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki seperti dilaporkan sejumlah media di AS mengajukan  saman  terhadap sebuah klinik kerana tuduhan bekerja sama dengan mantan pacarnya sehingga sperma yang tersimpan di klinik tersebut boleh dicuri.

Lelaki asal Lousiana bernama Layne Hardin ini mengatakan klinik Texas Andorology Services telah menyerahkan botol penyimpanan spermanya kepada   bekas pacarnya, Toby Devall tanpa persetujuannya.

Peguam Hardin menjelaskan Devall sempat mengeluarkan gertakan untuk boleh mendapatkan botol penyimpanan sperma tersebut sebelum akhirnya disuntikkan ke rahimnya di sebuah klinik kesuburan.

Bukan Pertama
Sejauh ini belum ada komentar yang dikeluarkan klinik tersebut terkait tudingan ini. Anak hasil inseminasi buatan yang berasal dari sperma Hardin kini telah berusia dua tahun dan dia harus ikut memberikannafkah  terhadap anak tersebut.

Hardyn dalam wawancaranya dengan sebuah TV lokal mengatakan dia ingin menangis dan pengsan begitu mengetahui khabar tersebut.
Kes seperti ini bukanlah yang pertama terjadi AS, sebelumnya pada 2011 lalu seorang warga Texas, Joe Pressil mengajukan tuntutan serupa kepada mantan pacarnya dan sebuah klinik kesuburan kerana menurutnya mereka telah menggunakan spermanya tanpa persetujuan. (BBC)
Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Lokasi Rumah Teraneh dan Terunik di Dunia


Memilih lokasi rumah di tempat yang masih akrab dengan alam memang enak. Tapi, "nggak gini-gini juga, kaleee..." Lihat foto-foto berikut. Lokasi yang dipilih untuk membangun rumah-rumah ini sangat ganjil. langsung aja kita simak, Lokasi Rumah Teraneh dan Terunik di Dunia, Ce Ki Dot:
 

1. Matterhorn, Switzerland
http://www.didunia.net/
Swiss Alpine Club membangun tempat menyepi ini di ketinggian 4.003 meter. Benar-benar di bibir jurang yang bersalju. Bagaimana cara mencapai tempat tersebut? Masih jad pertanyaan. Belum lagi ancaman longsoran gletser. 


2. Hermitage of San Colmbano di Leo Valley, Italia
Satu lagi rumah yang dibangun tepat di dinding tebing. Bedanya, yang satu ini tanpa salju. Lokasinya di Passo Pian delle Fugazze, Italia. Uniknya, rumah ini ternyata sudah berdiri sejak tahun 1319!


3. Elliưaey, Vestmannaeyjar, Iceland
http://www.didunia.net/
Rumah ini tinggal sendirian di sebuah dataran hijau, dekat tebing yang berbatasan langsung dengan laut. Lokasinya di Vestmannaeyjar, Islandia. wah, kayaknya enak tuh suasananya, tapi gak takut longsor yak?


4. Canada Saint Lawrence River
http://www.didunia.net/
Rasanya rumah-rumah di pinggir Ciliwung belum ada apa-apanya dibanding rumah ini. Terisolir tanpa tetangga, hanya ada air di sekelilingnya. Kabarnya, kalau air sedang rendah, barulah sang penghuni bisa mengeluarkan kursi untuk berjemur. Tapi bagaimana kalau musim penghujan tiba?


5. The Holy Trinity Monastery, Yunani
http://www.didunia.net/
Bagi para biarawan memang mereka butuh tempat yang tenang dan damai untuk menyepi. alhasil, inilah dia kompleks biara di Yunani yang sudah ada sejak tahun 1476. Tempat ini dibangun di atas gunung batu dengan ketinggian 400 meter.
Dulu para biarawan harus menggunakan tali-temali untuk memanjat ke biara ini. Nah, buat agan yang suka olah raga panjat tebing boleh coba uji nyali di sini nih, tapi harus ati ati yak? utamakan keselamatan


6. Katskhi Pillar
http://www.didunia.net/
Kompleks biara di Yunani punya saingan. Yang satu ini adanya di Georgia, dan milik salah seorang biarawan Georgia yang sudah tinggal selama 20 tahun terakhir. Tempat ini kabarnya sudah ada sejak abad ke-7. Karena rumah ini ditinggali oleh biarawan, otomatis wanita dilarang memanjat.
 

 
sumber 
Read More..

Rabu, 18 Desember 2013

Bayi dalam kandungan ditembak mati dalam acara pertandingan menembak tepat Zalimnya

 19 Okt 2013
Penembak jitu di Suriah tembak mati bayi dalam kandungan
Foto bayi dalam kandungan ditembak di Syria. ©Daily Mail

 Para ibu hamil di Syria menjadi sasaran bidikan para penembak tepat untuk memenangi sebuah pertandingan mengerikan: mereka menembak bayi dalam kandungan untuk merebutkan hadiah rokok.

Fakta itu dikatakan seorang doktor bedah dari England , David Nott, yang menyaksikan seorang bayi ditembak mati ketika masih berada dalam kandungan ibunya, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Sabtu (19/10).

Dr Nott yang baru kembali dari kerja sukarelawan di sebuah rumah sakit di Syria mengatakan warga setempat menyebarkan rumor yang menyebut para penembak jitu dari tentera Presiden Basyar al-Assad mengadakan pertandingan mengerikan itu setiap hari dengan membidik perut ibu-ibu hamil.

"Dari awal anda melihat pesakit masuk ke rumah sakit pada pagi hari maka anda akan tahu apa yang akan anda alami sepanjang hari. Itu sebuah pertandingan," kata Dr Nott kepada harian the Times.

Dari foto rontgen boleh terlihat peluru menembus kepala bayi yang masih dalam kandungan.

Dia mengatakan sejak 20 tahun menjadi sukarelawan di wilayah perang dia baru pertama kali ini melihat ibu hamil menjadi sasaran penembakan. Dia telah menjadi sukarelawan selama lima minggu di Syria.

"Ibu-ibu hamil itu ditembak perutnya jadi mereka pasti membidik bayinya. Ini kebiadaban yang paling biadab."

Perang di Syria sejak dua tahun lalu telah membunuh lebih dari seratus ribu warga, termasuk perempuan dan anak-anak.
Merdeka.com
Read More..

Terjun bangunan kerana bergaduh dengan kekasih


(c) SkyOfficialNews/youtube.com
Saat seorang gadis melompat dari bangunan untuk bunuh diri, tentu ramai orang akan mencegahnya. Kejadian ini menjadi salah satu momen percubaan bunuh diri paling mendebarkan. Ketika si gadis melompat, kekasihnya menangkapnya dan menyelamatkan nyawa sang gadis.

Dilansir Dailymail.co.uk, seorang gadis berusia 20 tahun di Harbin, China berniat mengakhiri hidupnya. Gadis yang tidak diketahui namanya ini melompat dari balkoni apartmen di Daerah Daoli Harbin sebagai usaha bunuh diri setelah bertengkar dengan kekasihnya. Ketika itu si gadis berada di balkoni, sedangkan kekasihnya sudah ada di bawah apartmen.
Detil-detik mendebarkan (c) dailymail 
Detil-detik mendebarkan (c) dailymail
Dalam kondisi tersebut, sang gadis mengancam dan melompat dari balkoni. Gadis itu tidak terus jatuh, tubuhnya menggantung dalam keadaan yang membahayakan nyawanya. Sang kekasih segera bertindak cepat dengan memanjat dinding apartmen untuk menangkap tubuh gadis tersebut.

Para tetangga yang menjadi saksi kejadian itu mengatakan bahawa lelaki itu bertindak cepat, dia memohon agar gadis itu naik kembali ke balkoni dan tidak perlu bunuh diri. Usaha itu berhasil, sang gadis kembali naik ke balkoni setelah mendapat bantuan dari para tetangga dan anggota bomba

Tindakan seperti ini menjadi pengajaran agar kita tidak berbuat nekat setelah bertengkar dengan kekasih. Beruntung nyawa gadis ini dapat diselamatkan.   sumber:Vemale.com
Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

Budak Kena Tembak Di Pulau Pinang

Budak 

GEORGETOWN – Lain yang disasar lain pula yang menjadi mangsa. Itu yang berlaku dalam satu kejadian di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul di sini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa ketika itu dikatakan berada di sebelah bapanya yang sedang bersembang dengan seorang kenalan di kerusi batu di bahagian bawah pangsapuri berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha LC berwarna putih.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, hasil maklumat awal mendapati, suspek dilihat memakai jaket hitam, bertopi kaledar terus melepaskan beberapa das tembakan secara rambang menyebabkan ketiga-tiga mereka lari menyelamatkan diri.

Menurutnya, tembakan suspek yang tersasar turut menyebabkan dua buah kenderaan jenis Nissan Sentra dan Toyota Unser penduduk rosak terkena serpihan tembakan.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selain kepalanya cedera akibat terkena serpihan peluru.

Difahamkan, bapa kanak-kanak berkenaan berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta dan tinggal di sekitar kawasan Sungai Tiram, Bayan Lepas.

Mazlan berkata, sebaik melihat keadaan anaknya cedera, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini bagi mendapatkan rawatan dan difahamkan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.

Sementara itu, Mazlan berkata, siasatan awal terhadap bapa mangsa memaklumkan sebelum kejadian dia melihat suspek menunggang motosikal mengelilingi kawasan perumahan berkenaan sebelum melepaskan tembakan ke arah mereka.

Katanya, siasatan polis di tempat kejadian juga menjumpai lapan kelongsong peluru jenis 9 MM bertulis Thai Arms dan dua slug di beberapa tempat di bawah pangsapuri berkenaan.

“Turut ditemui beberapa kesan darah dipercayai darah mangsa dan sepasang kasut miliknya manakala semakan pada kamera litar tertutup hanya fokus pada pintu lif dan pergerakan suspek jauh serta tidak jelas.

“Setakat ini kita masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian ini dan kita percayai ia mungkin berkaitan dengan kumpulan pengedaran dadah,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian kelmarin.

Mazlan berkata, siasatan polis mendapati bapa mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api. – Sinar Harian Online
Read More..