Tampilkan postingan dengan label kerajaan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerajaan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Petronas Sumbang RM732 Billion Kepada Kerajaan


KUALA LUMPUR – Jumlah sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhannya pada 1974 hingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 ialah RM732 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata daripada jumlah itu, dividen terkumpul adalah sebanyak RM278 bilion, bayaran tinjauan petroleum (RM124 bilion), cukai pendapatan (RM310 bilion) dan duti eksport (RM20 bilion).

“Petronas memang telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada negara sejak penubuhannya pada 1974,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan satu persatu sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhan syarikat minyak negara itu dari tahun 1974 hingga kini. – BERNAMA
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Kenapa tiada garis panduan kerajaan sementara

Harakahdaily

Hazayani Zakaria, 28 Mac 2013
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan mempersoal ketiadaan garis panduan kerajaan sementara walaupun Pakatan Rakyat pernah mengesyorkan perkara tersebut dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tahun lalu.

Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, garis panduan kerajaan sementara masih belum ada walaupun Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu terbubar secara automatik hari ini.

"PAS dan Pakatan Rakyat persoalkan mengenai cadangan garis panduan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Dun yang belum dikeluarkan sedangkan Pakatan sudah minta perkara ini diwujudkan dalam jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya April tahun lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat bimbang kerajaan menyalahgunakan kuasa mereka dalam tempoh negeri ditadbir Kerajaan Sementara .

"Setelah pembubaran Dun, kita mahu Kerajaan Sementara berfungsi sepenuhnya tanpa ada sebarang penyalahguanaan kuasa, sebab itu kita perlukan garis panduan apa yang boleh dan yang tak boleh dilakukan," tegasnya.

Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau dalam pada itu kesal terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih enggan membubarkan Parlimen sebaliknya membiarkan Dun terbubar secara automatik.

"Sepanjang 12 kali pilihan raya, ini pertama kali berlaku Dun terbubar sendiri.

"Perkara ini tak wajar berlaku dan sangat memalukan apabila perdana menteri membiarkan sesebuah negeri dalam keadaan tak menentu. Jadi kita minta Parlimen segera dibubarkan bagi mengakhirkan tempoh ketidaktentuan ini," katanya.

PAS terus berkhidmat

Sementara itu, Taufek berkata, PAS negeri itu akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat melalui pusat aduan di setiap kawasan.

"PAS ada pusat aduan di setiap kawasan jadi kita akan berkhidmat seperti biasa dan PAS telah mula berkempen untuk PRU," katanya.

Dalam PRU12, Taufek menang di Dun Paroi yang mendapat 9,423 undi menewaskan calon BN, Zaharudin Mohd Shariff dengan majoriti 1,107 undi.

Tambah beliau, PAS sudah bersedia dari tahun lepas untuk menghadapi PRU dan yakin Pakatan Rakyat negeri itu mampu menumbangkan Umno BN.

"Pakatan Rakayt Negeri Sembilan memang sudah bersedia setahun yang lalu dan kita lihat persiapan Pakatan kali ini lebih baik untuk menghadapi Umno BN," katanya.
Read More..