Tampilkan postingan dengan label bola. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bola. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 22 Februari 2014

VIDEO Budak 2 Tahun Jaring Bola Dari Tingkat 7


Titus, anak kecil yang popular kerana kemampuannya memasukkan bola dalam jaring, melakukan jaringan paling hebat apabila mampu menjaringkan bola dari bangunan tujuh tingkat.

Titus, 2, mula mendapat perhatian awal tahun ini apabila bapanya, Joseph Ashby memuatnaik video Titus di YouTube yang mendapat tontonan lebih 13 juta.

Kehebatan luar biasa Titus membuatkan dia dijemput ke rancangan Jimmy Kimmel Live Show dan sejak itu digelar Trick Shot Titus.

Saksikan ketiga-tiga video di bawah dan anda pasti ternganga melihat kehebatan Titus yang membuatkan selebriti Hollywood seperti Channing Tatum dan Bradley Cooper turut berasa takjub. – REM RAMZI

Read More..

Rabu, 12 Februari 2014

Kasut Bola Sepak Pintar Adidas ADIZERO F50

Salam semua,



Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, adizero F50 yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai miCoach Speed Cell, yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.


Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan kasut dilengkapi minda peringkat global diadakan di United Kingdom pada November lalu oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.

Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee berkata, kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah ditinjauankan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.

"miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi," katanya selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini semalam.

Gee berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

Beliau berkata, peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain keluaran Adidas, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.

Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

Peranti miCoach yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.[sumber]

Read More..

Selasa, 26 November 2013

Unik Berang Berang Bangun Bendungan 8 Kali Panjang Lapangan Bola


Unik, Berang-Berang Bangun Bendungan 8 Kali Panjang Lapangan Bola - bendungan_berang-berang.jpg

 - Mungkin anda tidak akan percaya bila berang-berang di Kanada mampu membuat bendungan dengan besar delapan kali panjang bola atau setara 840 meter. Hewan mamalia ini memiliki kebiasaan membuat bendungan kecil untuk rumahnya. Di Kanada, ini mungkin satu-satunya bendungan terbesar di dunia yang pernah diciptakan hewan pengerat tersebut.
Awalnya bendungan `raksasa’ ini tidak akan pernah diketahui oleh manusia. Tapi tiba-tiba, seorang ilmuwan melihat titik aneh dalam citra satelit yang dipancarkan dari angkasa di lokasi itu. Bendungan itu dibangun di lokasi yang subur dan terpencil. Tepatnya di Taman Nasional Wood Buffalo. Lokasinya `terselip’ di kaki Pegunungan Alberta Birch, Kanada. Di sana, beberapa generasi secara turun-temurun dari kelompok berang-berang bekerja selama beberapa dekade.
Hasilnya menakjubkan. Tercipta satu bendungan dengan panjang sekitar 850 meter, ini lebih panjang dari delapan lapangan sepakbola. Diperkirakan, kelompok berang-berang ini telah membangun bendungan raksasa itu selama sekitar 35 tahun. Atau kira-kira 15 tahun lagi waktu yang dibutuhkan untuk membangun Taj Mahal, salah satu tujuh keajaiban dunia.
Saat ini, kelompok berang-berang itu masih melakukan pembangunan. Bahkan, bendungan yang dibangun sudah menyatu dengan lokasi sekitar. Ilmuwan yang menemukan bendungan ini luar biasa takjub.
“Ini benar-benar besar,” kata Peter Busher, Profesor Ilmu Alam dari Boston University seperti yang dilansir dalam vancouversun.com.
Tidak ada bendungan berang-berang yang panjangnya lebih dari 100 meter. “Ini merupakan satu kesatuan dari sabuk berang-berang yang membentang dari Taman Nasional Riding Mountain sampai Birch Mountain,” kata pria yang telah mempelajari berang-berang selama 35 tahun ini.
Read More..