Tampilkan postingan dengan label bakal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bakal. Tampilkan semua postingan
Rabu, 05 Maret 2014
2 Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat
Posted by Addin Deen 16 April 2013
![]() |
| Tajol Rosli |
Sejak Nizar mengeluarkan ucapan berkenaan akan ada bekas MB dari UMNO yang akan menyertai PAS, berita itu menjadi panas. Timbul pelbagai spekulasi siapakah individu tersebut.
Bagaimanapun segala persoalan itu terjawab apabila terdapat pengesahan daripada beberapa pihak yang mengatakan bekas MB yang akan menyertai PAS adalah Muhammad Taib, bekas MB Selangor.
Walaupun pengumuman itu belum rasmi, namun ia sekadar menantikan pengesahannya sahaja daripada PAS. Boleh dikatakan 99.9% beritu adalah sahih.
Namun disebalik menantikan pengumuman Mat Taib, sebenarnya khabar berkaitan MB UMNO yang akan menyertai PAS itu masih belum reda. Dalam erti kata lain, bukan Mat Taib yang Nizar maksudkan.
Malah ada maklumat daripada dalam UMNO sendiri yang menyampaikan akan ada seorang bekas MB akan menyertai PAS, dan seorang lagi bakal menyertai PKR. Wah berapa ramai bekas MB UMNO yang akan keluar parti!.
Ramli Ngah Talib |
Individu yang dimaksudkan ialah Tajol Rosli (bekas MB ke-9 Perak) yang dikatakan akan menyertai PAS dan Ramli Ngah Talib (bekas MB ke-8 Perak) akan menyertai PKR.
Walaupun maklumat ini sukar dipercayai, namun spekulasi ini tidak boleh ditolak. Terutama di saat musim pilihanraya seperti ini. Sama juga seperti maklumat awal yang mengatakan Mat Taib akan PAS, siapa sangka Mat Taib akan masuk PAS!.
Sama-sama kita nantikan sama ada berita ini sama ada benar ataupun sekadar acah-acah pilihanraya yang sering berlaku terutama untuk mendapatkan tempat sebagai calon.
Sabtu, 15 Februari 2014
Tahniah Ustaz Don Daniyal Bakal Bergelar Ayah
Tahniah, Ustaz Don Daniyal Bakal Bergelar Ayah | Isteri Ustaz Don Daniyal, Husna Mohd Zahry, 25, kini dilaporkan sedang hamil anak sulung pasangan itu selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Penceramah popular yang merupakan seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) walau bagaimanapun tidak mendedahkan berapa usia kandungan isterinya itu.
“Kini saya sedang menanti kelahiran anak sulung, pada saya sepanjang pengalaman perubahan kehidupan ini, rupa-rupanya menjadi ketua keluarga adalah susah. Bukan senang kerana itu di sini saya ingin melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.
“Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 23 Ogos tahun lalu di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya. sumber

Kamis, 30 Januari 2014
Yusry KRU Lisa Surihani Kuat Makan Dan Bakal Beraya Di Rumah Baru
Ingat lagi akan kisah rumah banglo mewah yang di’reka Yusry KRU yang khabarnya siap pada Julai 2012 yang lalu? Ya, dan pasangan ini akan beraya di’sana.
Melalui ruangan hiburan Harian Metro hari ini, laporan menyebut yang Lisa Surihani & Yusry KRU sudah pun berpindah rumah baru yang terletak di Country Height Resort, Kajang.
Menjelang sambutan Aidilfitri yang tinggal kurang seminggu ini, pasangan ini khabarnya sedang sibuk mereka hiasan dalaman & luar rumah mewah mereka itu.
Kalau tidak keberatan, mungkin pasangan ini boleh anjurkan rumah terbuka untuk peminat meraikan kediaman baru mereka. Dan, Yusry KRU kata diri’nya sudah gemuk.
“Yang geramnya, Lisa tak jadi gemuk tapi saya pula yang naik berat badan,” komen Yusry KRU akan tabiat makan’nya yang berubah gara gara isteri yang kuat makan.
Dalam perkembangan berkaitan, Lisa Surihani & Yusry KRU mengakui yang mereka tidak akan menolak jika di’kurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh abang kepada kami adik-beradik membuatkan saya mahu anak lelaki tetapi segalanya saya serahkan kepada rezeki. Jika memperoleh anak perempuan sekalipun saya tetap bersyukur,” ujar Lisa Surihani kepada Mingguan Wanita baru baru ini.
Langganan:
Postingan (Atom)